Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

Keistimewaan dan Ganjaran Pahala Bagi Ibu yang menyusukan anak

  Salah satu keistimewaan seorang wanita adalah apabila mereka boleh merasakan hal yang luar biasa mulai dari masa mengandung, melahirkan  hingga menyusukan anak. Ibu yang menyusu juga boleh menjadi tempat meraih ganjaran pahala bagi seorang wanita.  Bahkan menyusu juga boleh memberikan manfaat kesihatan dan menguatkan sistem ketahanan tubuh badan bayi, juga memulihkan tubuh badan ibu sendiri selepas melahirkan selama 2 tahun. Berikut antara Pahala ibu yang menyusukan anak :-  1) Pahala dihitung bagi setiap titisan yang masuk ke dalam badan bayi.  “ Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang belakangan. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka niscaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa d...