La’ Flora REPULPING FACIAL CLEANSER 100ML
Hai, assalamualaikum semua, hari ni Alin nak kongsikan tentang pencuci muka yang telah menjadi faveret Alin.
Berbalik kepada produk yang Alin ingin kongsikan. La’ Flora France mempunyai 8 rangkaian produk. Tetapi Alin tertarik ingin menggunakan La’ Flora Facial Cleanser dulu, hehe tak cukup bajet la nak beli semua. Harga pun boleh tahan mahal juga. Alin beli masa tu kat Health Lane harga RM49.00. Sebab apa nak cuba? Puncanya pipi Alin naik tompok merah, gatal2 dan kering bersisik. Alin tak sesuai pakai cuci muka yg sebelum ini yg membuatkan kulit Alin jadi lagi gatal dan bersisik. Jadi, ahli farmasi tu cadangkan kepada Alin untuk cuba Pencuci LA' Flora ni.
Bila Alin cuba pencuci muka ini, Masyaallah Alin suka sangat2 sebab kulit gatal dan kering sisik tu makin sembuh iaitu kulit Alin jadi makin Licin dan jerawat pasir pun takde dah. Apa yang best sangat pencuci ni ya?? hehe ok Pencuci ni kalau korang nak tau Low pH Balances, jadi bila lepas cuci , kulit akan jadi lembap la tak kering sangat. So, sangat2 sesuai la orang yg sensitif dan dry skin tu. Kulit korang tu takkan jadi kering dan ketat bila cuci. Bau pun best sangat.
Apa yang Alin tak sangka, ni pertama kali Alin jumpa Produk yang boleh buat kulit Alin macam kulit Baby tanpa perlu pergi spa pun. Alin tak perlu habis beratus duit dah untuk macam2 treatment lain sebab pencuci ni la buat kulit Alin jadi Flawless sekarang.
Insyaallah , bulan depan Alin akan cuba beli Makeup Remover dan Serum dari produk La'Flora ni.
Alin belanja sikit gambar pencuci ni.
La’ Flora France
Rangkaian La’ Flora Anti-Ageing mengandungi aktif Repulpami ER®. Repulpami ER® adalah produk anti-penuaan global yang dibangunkan secara aktif di Perancis, yang terbukti secara klinikal memberi kesan anti-kedutan, gebu dan menegangkan. Ia adalah 100% campuran semulajadi kelopak bunga putih dan ekstrak pulpa baobab, yang ditanam di kawasan Tambacounda dan Louga.
Repulpami ER® adalah klinikal terbukti menyediakan 4 tindakan
- Anti-kedut menghalang penguncupan otot, yang menyumbang kesan seperti botox.
- Gebu dan menganjalkan dengan mengurangkan lipolisis dan merangsang adipogenesis.
- Menegangkan wajah dari Repulpami aktif yang bertanggungjawab untuk perpaduan dan pengukuhan epidermis.
- Kesan penghidratan Repuplami muncul untuk meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 35%
La’ Flora adalah pH seimbang, bebas sabun, dan BEBAS dari bahan berbahaya seperti Paraben, SLES / SLS, Agen Pewarna, GMO. Oleh itu ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
La’ Flora Repulping Facial Cleanser
Faedah :
- Secara mendalam membersihkan kekotoran liang-liang dari liang tanpa menjejaskan kulit pH semulajadi
- Menghidrat kulit dengan meningkatkan penyerapan kelembapan dan pengekalan
- Memperbaiki ketegangan, keanjalan dan penghidratan kulit
- Mengurangkan kedutan dan garis halus
Cara penggunaan :
- Gunakan 2 kali sehari.
- Bersihkan di kawasan muka dan leher, gunakan jumlah yang mencukupi dan perlahan-lahan menggunakan gerakan mengangkat ke atas.
- Bersihkan dengan air.
Tips Penggunaan :
- Penggunaan maksima : Dua kali sehari sahaja. Membersih lebih 2 kali tidak memberi apa-apa manfaat
- Gunakan air suam hangat, kerana ia akan meningkatkan tindakan pembersihan, dan juga memudahkan penyingkiran minyak, kotoran debu dan kekotoran minyak.
- Air hangat membuka liang pori. Setelah mencuci, gunakan bersama La’ Flora Pore Refining Facial Toner untuk mengimbangi kandungan minyak muka dan mengurangkan saiz liang pori untuk mengunci kelembapan.
Senarai Produk dan Harga La’ Flora France
- La’ Flora PURIFYING MAKEUP REMOVER 100ML RM 49.00
- La’ Flora REPULPING FACIAL CLEANSER 100ML RM 52.00
- La’ Flora PORE REFINING FACIAL TONER 100ML RM 49.00
- La’ Flora UV PROTECTION DAY CREAM WITH SPF 30A++ 30ML RM78.90
- La’ Flora MOISTURE LOCK HYDRATING SERUM 30ML RM 75.90
- La’ Flora AGE REVERSE NIGHT CREAM 30ML RM 76.90
- La’ Flora MOISTURIZING & FIRMING SHOWER GEL 300ML RM 42.90
- La’ Flora SKIN FIRMING BODY LOTION 200ML RM 44.00
Bagi yang nak tau dekat mana nak dapatkan produk2 ni semua, korang boleh pegi Health Lane atau pun di shoppe.
Ulasan
Catat Ulasan